Travel to Hong Kong Dec 2019
Pada cuti sekolah Disember 2019, saya telah pergi ke Hong Kong dan Macau bersama kawan-kawan saya. Alhamdullilah, saya menggunakan Cathay Dragon ke sana. Tempat duduk di Business Class agak selesa dan layanan sangat bagus. Perancangan kami sangat mudah. 3 malam di Hong Kong, 1 malam di Macau dan 3 malam di Hong Kong. Hotel pertama kami bernama Hyatt Centric Victoria Harbour. Hotel kedua di Parisian Macao dan hotel ketiga kami ialah East Hotel.
Di sana kami telah melawat pelbagai tempat menarik termasuklah tempat pengambaran Transformers, kereta kabel yang boleh melihat satu Hong Kong, lapangan terbang, Hong Kong Disneyland, Hong Kong Ocean Park dan sebagainya.
Makanan yang disajikan untuk kami juga enak. Kami dapat menikmati pelbagai makanan enak di pelbagai tempat seperti di dalam bandar, di luar bandar, di tepi laut dan sebagainya.
Barangan di sana sangat berkualiti. Banyak pusat beli-belah yang telah kami pergi termasuklah pusat beli-belah yang tergolong dalam tempat protes. Walaupun kami ke sana, kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Kami pergi ke pelbagai tempat dengan menggunakan MTR atau dikenali sebgai MRT (Malaysia). Jika anda ingin membeli-belah, pastikan anda membawa duit yang cukup. Elakkan menyewa kereta untuk ke sesuatu tempat. Hal ini kerana kos letak kenderaan agak tinggi.
Di Macau pula, kami ke sana dengan menggunakan perkhidmatan feri ekspres. Kami hanya tinggal semalaman kerana Macau dikenali sebagai syurga judi.
Kesimpulannya, percutian kami di Hong Kong sangat seronok. Kami pergi ke pelbagai tempat, mengenali budaya di sana, menikmati pelbagai makanan yang lazat dan kami dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan rapat serta keluarga kawan-kawan rapat kami.
Jika ada ingin tahu lebih lanjut, anda boleh melawat pelbagai laman sesawang untuk mengetahui tempat-tempat yang harus anda lawati.
Jika anda tidak selesa untuk membuat penyelidikan, anda boleh menggunakan perkhidmatan saya untuk mengenali tempat percutian anda dengan lebih mudah. Saya sedia membantu.
Comments
Post a Comment