Travel to Hong Kong Dec 2019
Pada cuti sekolah Disember 2019, saya telah pergi ke Hong Kong dan Macau bersama kawan-kawan saya. Alhamdullilah, saya menggunakan Cathay Dragon ke sana. Tempat duduk di Business Class agak selesa dan layanan sangat bagus. Perancangan kami sangat mudah. 3 malam di Hong Kong, 1 malam di Macau dan 3 malam di Hong Kong. Hotel pertama kami bernama Hyatt Centric Victoria Harbour. Hotel kedua di Parisian Macao dan hotel ketiga kami ialah East Hotel. Di sana kami telah melawat pelbagai tempat menarik termasuklah tempat pengambaran Transformers, kereta kabel yang boleh melihat satu Hong Kong, lapangan terbang, Hong Kong Disneyland, Hong Kong Ocean Park dan sebagainya. Makanan yang disajikan untuk kami juga enak. Kami dapat menikmati pelbagai makanan enak di pelbagai tempat seperti di dalam bandar, di luar bandar, di tepi laut dan sebagainya. Barangan di sana sangat berkualiti. Banyak pusat beli-belah yang telah kami pergi termasuklah pusat beli-belah yang tergolong dalam tempat protes